MAFREL
MALAYSIANS FOR FREE AND FAIR ELECTIONS
Saturday, January 26, 2013
Monday, January 7, 2013
PRESS STATEMENT
Kenyataan Media, 8 January 2013
Pemantau Pilihan Raya Rakyat – Satu Inisiatif Rakyat Untuk PRU 13
Menjelang tahun baru 2013, rakyat Malaysia sedang bersedia untuk menghadapi satu pilihan raya umum yang paling penting yang pernah dihadapi negara semenjak beberapa dekad yang lalu.
Pilihanraya Umum ke 13 (PRU 13) akan menjadi satu peristiwa penting bagi negara kerana satu perubahan yang jelas di k...alangan pengundi telah berlaku sejak pilihan raya 2008.
Anjakan ke arah sistem dua parti adalah langkah ke hadapan yang penting untuk demokrasi yang lebih bermakna dalam negara ini. Namun satu perkara yang lebih penting adalah kewujudan satu
sistem pilihanraya yang demokratik yang merupakan satu kemestian. Meskipun BERSIH 2.0 telah berusaha dengan bersungguh-sungguh menggariskan pelbagai kelemahan dalam sistem pilihanraya pada masa ini, namun sedikit sekali tindakan yang telah diambil oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR)
dan kerajaan sendiri bagi melakukan perubahan yang bermakna.
Oleh itu, dengan menjelangnya pilihanraya dalam tempoh beberapa bulan yang akan datang,BERSIH
2.0 bersama-sama dengan Malaysians for Free and Fair Elections (MAFREL) dan Pusat KOMAS berhasrat untuk melancarkan kempen yang akan memainkan peranan yang besar bagi memastikan PRU 13 bebas dari penipuan.PEMANTAU, atau nama penuhnya, Pemantau Pilihan Raya Rakyat, bertujuan untuk terus meningkatkan lagi aspirasi rakyat yang mahukan satu pilihanraya yang bebas dan adil dengan menggerakkan rakyat untuk berperanan semasa PRU 13 untuk memerhati proses pilihan raya, bagi menghalang dan mengurangkan usaha-usaha penipuan dan salah laku semasa pilihan raya.
Usaha ini tidak akan mengganggu perjalanan pilihanraya yang dilaksanakan oleh SPR serta tugas badan-badan
pemerhati pilihanraya yang telah diberi akreditasi oleh SPR.
Malah, usaha PEMANTAU akan menjadi usaha pelengkap kepada usaha untuk mencegah amalan penipuan seperti membeli undi, keganasan, pengaruh tidak wajar dan ugutan, penyalahgunaan
sumber awam, media yang berat sebelah dan banyak lagi. PEMANTAU akan memantau proses pilihan raya semasa tempoh berkempen serta pada hari pengundian dan just akan menjalankan
pemantauan media.
Ini akan dilakukan dengan cara yang tidak berpihak serta menggunakan metodologi yang memenuhi piawaian dan amalan antarabangsa.BERSIH 2.0 menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia yang sebelum ini telah menunjukkan keberanian yang tinggi untuk memperbaiki keadaan demokrasi di Malaysia, untuk tampil ke hadapan dan menyumbang dengan cara yang bermakna bagi mencapai matlamat tersebut. Kita adalah warganegara Malaysia dan mempunyai hak untuk bertindak secara bertanggungjawab untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih baik.Usaha ini memerlukan para sukarelawan yang ikhlas dan berani serta bersedia untuk menyumbang
masa mereka semasa tempoh berkempen dan pada hari mengundi itu sendiri.
Tugas kita adalah untuk menjadi pemerhati yang adil bagi memastikan PRU 13 bebas dari sebarang penipuan.
222 kawasan Parlimen di seluruh negara akan memerlukan jumlah pemerhati yang ramai, namun PEMANTAU mensasarkan untuk memantau sebanyak mungkin kerusi bergantung kepada jumlah
sukarelawan yang bersedia digerakkan. Keutamaan akan diberikan kepada kerusi-kerusi yang dijangkakan akan menjadi “kerusi panas”, marginal, bilangan pengundi baru yang tinggi atau yang
telah terdapat banyak perkara yang tidak munasabah yang berlaku di situ.
Satu sasaran minimum yang konservatif sebanyak 10,000 sukarelawan diperlukan agar pemerhatian yang berkesan dapat dilakukan di peringkat akar umbi.Dalam minggu-minggu yang akan datang, sesi latihan dan pendaftaran sukarelawan akan dijalankan di setiap negeri dan bandar-bandar utama di seluruh negara. Satu senarai penuh tarikh akan diumumkan tidak lama lagi. Jadual awal buat masa sekarang ialah:
• Sibu - 19 Januari
• Kuala Lumpur dan Selangor - 30 Januari
• Johor Bahru – 2 Februari
Nantikan pengumuman lanjut dan layari laman web kami (www.bersih.org) dan Facebook
(http://www.facebook.com/ BERSIH2.0OFFICIAL), untuk maklumat terkini.
Bagi membolehkan usaha ini berjalan dengan lancar, kami merayu kepada orang ramai yang telah memberi sokongan kuat kepada usaha-usaha BERSIH sejak dua tahun yang lalu untuk memberi
sumbangan kewangan. Semakin kita menghampiri PRU 13, ini adalah satu lagi detik penting bagi mereka yang bersedia untuk melangkah ke hadapan. Kami menggesa orang ramai untuk menderma RM10 (atau lebih) untuk projek ini, seperti butiran di bawah:
Sokong kempen "RM10 untuk PEMANTAU" dengan menderma kepada BERSIH 2.0:
No Akaun: 12380000661-10-0
Nama Akaun: Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor
Bank: CIMB Islamic, Section 52, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
Terima kasih.
Salam BERSIH!
Jawatankuasa Pemandu
Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil 2.0 (BERSIH 2.0)
Jawankuasa Pemandu Bersih 2.0 terdiri daripada:
Dato’ Ambiga Sreenevasan (Pengerusi Bersama), Datuk A. Samad Said (Pengerusi Bersama), Ahmad
Shukri Abdul Razab, Andrew Ambrose, Andrew Khoo, Anne Lasimbang, Arul Prakkash, Arumugam K.,
Awang Abdillah, Dr Farouk Musa, Hishamuddin Rais, Liau Kok Fah, Maria Chin Abdullah, Matthew
Vincent, Niloh Ason, Richard Y W Yeoh, Dr Subramaniam Pillay, Dato’ Dr Toh Kin Woon, Dr Wong
Chin Huat, Dato’ Yeo Yang Poh dan Zaid Kamaruddin
===========================================
https://docs.google.com/spreadsheet/viewform?formkey=dFBTSDhoYjkwOEpacjNkdTY0cV92Nnc6MQ

(http://www.facebook.com/

Monday, December 17, 2012
SARAWAK CHAPTER TRAINING
Date: 17
December 2012
各位朋友,Dear Friends,
诗巫选举观察团(SEW)诚心邀请你及你的团体选派3 至5人,来参加一项选举观察训练会。训练会的宗旨在于为志愿观察员提供正当选举的知识。SEW同Mafrel(马来西亚自由与公平选举)有意在来临的第13届国选中在诗巫进行观察活动。
Sibu Election Watchers (SEW) has the pleasure to
invite you and your group to nominate 3-5 persons for a training workshop on
election observation. The objective of the training is to equip voluntary
observer with knowledge on election proper. SEW in collaboration with Malaysia
for Free and Fair Election (Mafrel) intent to conduct observation at the fort
coming 13th Parliamentary Election in Sibu areas.
训练会定于2013年正月19日(星期六)晚上7时到9时(包括茶点),假京城酒店二楼会议室举行,入场免费。训练会内容如下:
1.
简介Mafrel及其选举观察员的任务。
2.
什么是自由与公平选举?
3.
选举流程。
4.
选举违规事件。
5.
如何推行选举观察使命 – 观察表格。
6.
收集观察表格与资料。
7.
分派工作。
8.
问答时间。
The workshop is fixed on 19th January 2013
at the Premier Hotel Conference Room (2nd Floor) from 7pm to 10pm
with tea break. The admission is free and the contents of the workshop include
the followings:
1. Introduction to MAFREL
& its Role as Election Observer
2. What is Free and Fair
Elections?
3. Election Cycle
4. Election Offences
5. How to conduct an
Election Observation Mission – Observation Forms
6. Collection of
Observation Forms and Materials
7. Deployment – Sibu &
Sarawak State
8. Q & A Session
恭祝圣诞快乐,新年蒙恩!Merry Christmas
and a blessed new year!
Sincerely,
Wong
Meng Chuo 黄孟祚
Coordinator, SEW诗巫选举观察团联络员
11D, Bruang Road, Sibu
Email:mchuo@yahoo.com
Hp: 016 3471853
附报名表格,并请与正月12日前交来。
Attached is
the nominations form, please submit on or before 12th January 2013.
—————————————————————————————————————
诗巫选举观察训练会报名表格
Nomination Form for participant of Sibu
Election Watch Training Workshop
Name: Email
phone
1_______________________________________________________________________
2.______________________________________________________________________
3.______________________________________________________________________
4.______________________________________________________________________
5.______________________________________________________________________
填表人: Email 电话/phone
Submitted by:
__________________________________________________________________________
签名Signature:
日期Date:
Sunday, November 18, 2012
Tuesday, October 9, 2012
MAFREL N SEMBILAN
MAFREL
N SEMBILAN CHAPTER
TRAINING FOR OBSERVERS
DATE : SUNDAY 14/10/12
VENUE:
The venue for the training will be
at IKRAM Negeri Sembilan office: No. 90-2, Jalan Taman Komersial Senawang 4,
Taman Komersial Senawang, 70400 SEREMBAN.
The office is at 2nd floor on top of Azhar
Maju restaurant, the same row as MAYBANK Senawang (Maybank is next to McD and
McD is next to GIANT Senawang).
9.00 AM REGISTRATION
10.00am
Welcoming Speech by Negri Sembilan State Coordinator
10.10am
Training start with MAFREL Deputy Chairman& Team :
1. Introduction to MAFREL& its Function
2. What is Free and Fair Elections?
3. Election Cycle
4. Election Offences
5. How to conduct an election observation
mission
6. Deployment – Negri Sembilan
Sunday, September 30, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)